Thursday, September 20, 2012

Aku, research meeting, kristal dan bantal ^_^

Hah.. tajuk ni memang pelik. Tapi benda ni lah yg sgt mengusik emosi aku pada hari ni.

Semalam aku cuba neutralized kristal dengan air garam. Caranya, rendam selama 4 jam lebih kurang.

Sejak aku mnjalani ujian aura di kedai kristal, aku mendapati aura aku stabil tapi ada kekurangannya. Iaitu fokus. Mungkin ni lah masalah utama aku. Kemudian, aku pun search la kat website pasal penggunaan pelbagai jenis kristal dan mendapati bahawa aku sesuai pakai "tiger eye" warna kuning, oren, merah dan biru.. wah..semuanya lengkap. Aku memang dah ada. Cuma jarang sangat pakai. Bila aku dah neutralize gelang kristal aku ni, tiba-tiba...aku rasa hari ni emosi aku terganggu sikit. Cepat betul nak marah. Cepat nak nangis.

Mungkin juga aku kurang tidur. Mungkin jugak stress utk persediaan research meeting. Hari ni agak hectic, sebab masa meeting pun aku study. Sempat lagi tuh..tak pernah aku macam ni. Cuma aku rasa aku da kekurangan masa. Aku kne cepat menulis.

Malam ni..tadi lah..aku pegi teman roomate aku p beli bantal. Memang niat di hati semalam nak beli bantal ni. Tapi masa nak pergi tadi, rasa tak nak beli. Tiba2..bila dah sampai sana...terasa nak beli sangat. Aku memang tak selesa betul tidur atas bantal aku kat sini. Selalu terjaga malam betulkan bantal. Erm..bantal lama ni harga RM10. Yang aku baru beli tadi, bantal bulu angsa, harganya RM35. Itu 2nd hand lah.dari hotel. Tapi aku rasa aku perlu beli. Then aku pun beli lah 2 bantal. Siap ngan sarung bantal...sebab bantal ni bersaiz besar. Alang-alang ada jual Rm6 sehelai..aku pun beli la. Agak murah gak la daripada beli kat luar.

Hurm.. hari ni aku homesick sikit. Nak sangat balik rumah. Rindu mak abah. Aku sayang mak abah sangat2. Ingat bantal ni nak bawak balik umah, bagi mak abah. Kesian diorang.

Aku belajar 1 benda dari abah semalam. Jangan boros sangat. Susah payah abah mak simpan duit untuk aku, aku nak habiskan beli entah pape. Hurm..tapi bantal ni sangat penting. Kalau tidur berkualiti mesti aku lebih segar ble bangun.. tapi ni utk sementara je. Niat nak bawa balik bagi mak abah. T tahun depan aku beli utk diri sendiri mase konvokesyen.

Lagi 1, kalau nak kawin, kena cari duit sendiri. Jgn guna duit yg abah simpankan. Jadi, aku kenalah kerja lama skit. Cari pendapatan sendiri. Belajar menabung. Ingat, langit tidak selalu cerah. Eh..bajet kawin agak-agak berapa? ikut abang-abang aku..dalam 30k gak lah abah mak habis utk kenduri.

Kalau kerja gaji 3k. 1 bulan mungkin leh simpan 500-1k. Kalau 500/bulan, 12 bulan =6k. 5 tahun baru dapat 30k. Huh!! lamanyaaaa. Kalau 1k, 2 tahun 6 bulan. Hurm.. Kalau dapat kerja umur 26 tahun. 26-28.5 tahun baru dapat simpan duit kawin. Habis dalam sehari.. fuiyoh..

oklah..da puas taip utk harini..

nak titun.. nunnyte.

Wednesday, September 19, 2012

Graduate luncheon dan motivasi 19/9/12

Salam..

Hari ni aku menghadiri satu acara "graduate luncheon" yang diadakan di School of Management (SoM), USM. Acara ini adalah untuk merai graduate Masters dan PhD yang baru sahaja mendapat scroll di sesi pagi konvokesyen pada hari ni.

Perasaan aku kali ni lebih berkobar-kobar nak habiskan Master secepat mungkin. Perjalanan seribu batu dimulakan dengan satu langkah. Ye, aku sentiasa pegang tu, tapi langkah itu harus cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Ia berlalu dengan cepat, kini, aku telah pun sudah di tahun 2 Master. Apa yang ku harapkan adalah graduate secepat mungkin. Target aku nak grad pada Sept 2012.

Caranya:
1) lebih fokus dengan penulisan
2) tahu apa yang aku mahu. Dalam tempoh setahun lagi, aku mampu laksanakan pelbagai objektif lagi
3) sambil belajar, kumpul duit. Ye, kumpul duit. Jangan membazir. Langit tidak selalu cerah. Kalau nak kawin, kena kumpul duit sendiri.
4) mesti lebih usaha berbanding sekarang. Semangat setiap hari. Caranya? Buat keje dengan pantas!


dan..

aku ada sedikit kupasan mengenai buku motivasi yang baru aku beli tengah hari tadi.
Semua orang yang ingin berjaya mesti menetapkan matlamat yang specifik.

dan aku..
mahu mencapai: graduasi Master pada Sept 2013.

dan..mahu mendapat pekerjaan pada Oktober 2013 (kerja apa sahaja.. RO/banking sector)
dan menjadi pensyarah pada Januari 2014, iaitu pada umurku 26 tahun.

Ya Allah bantulah aku. Kuatkan semangatku. Amin..

Monday, July 2, 2012

Lirik Lagu Nur kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Sunday, June 3, 2012

tukar uni atau bekerja

hari ni aku rasa nk tulis blog entri setelah penat memikirkan apakah masa depan yang aku mahu, dan cabaran yang sanggup aku lalui.

Pertama sekali, aku dah dengar banyak cadangan orang-orang kat sekeliling aku tentang keputusan aku untuk tukar universiti. Sebenarnya, mmg payah nk belajar. Belajar tak payah mana, tpi yang payah adalah berfikir secara akademik, dan bergantung kepada penyelidikan.

Ada yang kata: > gamble jelah berapa tahun pun aku kat uni ni..buat je..siapkan je smpai abis.
 > baik cari keje, t nak sambung masters buatlah part time
> beselah tu, ape yang aku hadapi, orang len pun hadapi
> cari coursework, duk exam, cpt lepas.. gaji tetap sama kalau amik research atau coursework. > buat apa yang kau minat

Personaliti aku:
>  aku tak suka dengar perkara yang melemahkan semangat.
> punya cita2 yang tinggi > tak suka mengalah
> tak suka beban kerja yang tak sampai otak den mikirkan eh..
> tak suka ulang-ulang benda yang sama.. asik2 kena reject, aih..frust jgklah

Bagi akulah..apa yang aku buat skg ni tak best sebab:
>tempat belajar tak bagus
> kalau nk belajar kena pindah ke satu tempat, tp bukan privasi pun, kongsi ramai2, kne bwk blk brang2 mse nk blk.
> research perlukan banyak space
> research perlukan banyak penasihat
> research perlukan kawan untuk berbincang
> research perlukan masalah yang betul2 masalah, bukan simptom
> research perlukan 'recognition' ke atas kertas kerja
> research perlukan minat yang mendalam
> research perlukan duit yang banyak
> research perlukan masa yang lama untuk berfikir
> research perlukan banyak sumber yang sahih, kadang2 terpaksa membeli Aku target tahun depan aku mesti siap semuanya..tapi boleh ke?
InsyaAllah boleh kalau aku betul2 bagi masa untuk research. Persoalannya, adakah aku telah betul2 bagi masa untuk bt research?
> aku bagi masa untuknya, tapi secara purata tidak berkualiti. Kenapa tidak berkualiti?
> banyak tersasar pemikiran tentang satu2 skop
> banyak grammar error
> byk terplagiarism
> tak banyak sumber yang sahih
> tak reti susun ayat dan perenggan Menjadi pakar dalam suatu bidang bukan mudah seperti yang disangka. Banyak jlan2 yang berliku perlu dilalui. Aku bukanlah orang yang lahir dgn kebijaksaan luar biasa. Aku adalah orang yang belajar melalui membuat, bukan dari melihat dan mendengar. Jadi, bagaimanakan harus aku maksimumkan kapasiti usaha untuk berjaya? Adakah menjadi seorang akademik menjadikan aku kaya dan berjaya? Sebenarnya tidak kaya wang ringgit, tapi kaya dengan pahala mencari dan menyebarkan ilmu. Aku terigin membuka perniagaan sendiri, tak bergantung gaji bulanan.. Adakah aku mampu?

Aku telah pun menjalani latihan hampir kesemua seksyen: > account payable > account receivable > payroll > IT > purchasing, receiving > all HR roles >sales and marketing > event management Apa lagi yang aku perlu untuk menjalankan satu perniagaan? > duit/ modal yang paling penting > pengalaman > kecekalan > budaya menyimpan ketika banyak duit, dan menggunakan simpanan ketika kesempitan > rangkaian

Monday, April 30, 2012

Pendirian aku

Assalam Aku tengok banyak sangat demonstrasi menjadi-jadi. Ramai pula tu yang menyekat jalan raya, sampai kenduri kawin pun orang tak dapat pergi gara-gara perhimpunan BERSIH. Orang Melayu nak bersuara dan ramai juga yang dilabelkn "ulama" oleh sesetengah orang menyokong perhimpunan BERSIH. Lihatlah kerosakan yang penyokong mereka lakukan. Mencederakan polis, wartawan, yang hanya bertugas menjaga keamanan. Penyokong BERSIH menumbuk wartawan smpai berdarah kepalanya, apakah yang mereka cuba sampaikan di sini? Kat youtube, fb, ramai yang post video polis mencederakan penyokong BERSIH. Tapi fikir logik lah kan, polis sikit, penyokong ramai, siapa yang lebih kuat untuk mencederakan siapa? Kalau ini dianggap ok, dan baik oleh penyokong BERSIH, dan mereka beragama Islam, inilah apa yang mereka telah lakukan: 1) mencederakan saudara Islam sendiri; 2) mencederakan orang tanpa digugat keselamatan dirinya; 3) merosakkan harta benda awam. Semua ni adalah berdosa. Allah beri kita akal fikiran, maka gunakannya. > Kalau pun anda sembahyang, tapi anda menyokong keganasan, anda menanggung dosa. > Kalaupun anda melaung-laungkan zina, arak semuanya haram, TAPI anda melalukan demonstrasi di bawah naungan seorang bekas peguam yang: 1) menolong saudara Islam anda murtad; 2) menyokong pertubuhan hubungan sejenis. Adakah anda benar-benar menganuti agama Islam?

Thursday, March 1, 2012

Miserable weeks

So, today is 1 March 2012? I didn't realized tht the clock had turned it's needles too fast. I missed 2 workshop without even realized it after one day! What had happend to me? I believe I spend too much time on other simple things however it's a serious and big in concern to me.

I was dream on September 2012 that I'll be finishing my studies as soon as possible, as early September 2013. Now, I am still here..writing few pages. I am totally not ready for proposal defense though I set the time though I put my schedule. What had happened to me? What I had done enough to fulfill the requirements of my studies?

Thursday, January 12, 2012

Kelebihan Surah Yasin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah
dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk.”

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi
penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah,
tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, Insha Allah dengan berkat Allah SWT ianya termakbul.

wallahualam..