Monday, September 9, 2013

I'm not ready?

Yes, I am not ready! How do I know?
1. When I need to make a decision, I am not able to say "certainly yes, I do!"
2. When I do not know which is my priority. Early gain? Interest gain? Profit gain? Which one??


Until now, ain't easy for me to capture the future. What should I do, which is the best, and where should I go?

I'm stuckkk...yikes!!

Thursday, August 29, 2013

Tips mulakan hari

Salam syg buat sume..

Setiap orang memang akan rasa turun naik mood disebabkan perhubungan, bebanan kerja dan menantikan suatu yang tidak pasti. Di sini saya nak bagi tips bagi memulakan hari dengan lebih baik dan ceria:

1. Bangun awal - kajian pun dah menunjukkan orang yang bangun awal lebih berjaya daripada yang suka bangun lewat. Kalau nak bangun awal tu, tidurlah awal. Sebab badan kita memerlukan tidur yang cukup.

2. Meletakkan hajat - yang ni bagus! dengan kata lain, doa. Yang muslim, solat subuh tu kan wajib. Berdoalah apa yang dihajati, yang mahu dicapai untuk hari ni, esok dan bila2 pun. Bertafakur sebentar, fikir tentang APA YG KITA KEJAR, APA YANG MEMBUATKAN KITA GEMBIRA, APA YANG KITA BOLEH SUMBANGKAN UNTUK ORANG LAIN. Percayalah, kita hidup bukan untuk diri kita je, tapi untuk orang lain. Janganlah terlalu meletakkan kepentingan orang lain melebihi diri sndiri.. berpada2lah k!!

3. Pakai cantik2 - yang ni lagi bagus. Memanglah orang kata tak elok terlalu menarik. Tapi berpada2lah. Pakai warna yang sesuai untuk datangkan mood kerja/belajar. Pakai pakaian yang selesa - selesa untuk anda dan untuk orang lain pandang k!! jangan syok sendiri pakai over2.. buat sakit mata jek..huhu!

4. Buat jadual - selain daripada hajat dan berdoa.. buatlah jadual. Pagi2 buat je jadual.. Cara nak buat jadual plak kena ada "to-do list".. Apa yang perlu ada, tarikh akhir kerja tu perlu siap.. Letakkan perkara pertama kat kerja yang kena siap dulu k..

5. Makan yang berkhasiat - bak kata orang badan kita ni hasil makanan yang kita makan. Bukan tu aje, tambah ngan emosi k! Kalau stress over sangat, makanlah buah-buahan yang berair macam oren, tembikai...nenas.. Yang paling penting, amiklah makanan antioksidan skit dalam diet harian..seperti buah naga.

6. Senyum - senyum ajelah walaupun tkde orang pun nak pandang anda!! sebab senyum boleh ubah mood kita jadi lebih baik, lebih positif!! tapi bukan perangai ske main2 k!!

7. Fokus buat keje - percaya ke tak, korang elakkanlah multi tasking nih. Memang lah bagus. Tpi korang tau tak pengkhususan. Kenapa pengilang sangat pentingkan buat keje ikut partition? Sebab menjimatkan masa. Ianya mudah dipraktikkan dalam keje kita. Camne? Fokuslah. Buat keje jgn dgr radio plak. Buat kje jgn angkat2 call yang tak penting..msg2 ke ape. Fokus fokus..

Ha tu jelah tips untuk hari ni. Untuk mulakan hari dengan ceria dan teratur. Semoga kita semua berjaya menjadi orang yang kompetitif dan menguntungkan. Cheers~!

Wednesday, August 28, 2013

Tak menghargai pertolongan? Apa kesannya kepada kita?

Pertolongan ni banyak dimensinya. Ada yang kita tolong melalui mendengar, menasihati, atau menggunakan masa, tenaga dan wang kita semata2 nak tolong orang tu.

Pernahlah kan satu kes yang memang buat aku serik tolong orang. Aku pernahlah bagitau mak aku yg adik aku nk blk umah sewa dia..oleh kerana dia nampak sangat penat. Kesian aku tgk dia. Masa tu family aku tgh beraya umah sedara. Tapi yang kne kat aku, adik aku marahlah, dia cakap ngan aku, patutnya aku cakaplah aku yang nak balik ke ape..jangan mention nama dia.. pergh..menyirappp!! Akak ipar aku pun cakap mende yg same.. "jangan mention nama orang".. ok fine!! memang sampai situ jelah aku bersimpati.

Kadang2 niat kita baik, tapi tak kena cara. Padan muka diri sendiri!! huhuh! pengajarannya apa ye? kalau orang tak mintak tolong, jangan pandai2 ko nak tolong die.. die memang takkan reti menghargai punya..lagi die menyalahkan ko.. setiap orang dikurniakan mulut dan akal fikiran kan? so, biar jelah diorang fight for themselves.

Kali ni, berlaku lah alkisah kwn aku sakit.. Aku tny, nak aku hantar die ke klinik tk? dia kata takpe.. so takpe, takpelah. Kawan yg lain cadangkan aku bwak dia g hospital.. Tapi terkesan btul hati ni dengan kisah lme? yg mne? yang td tu lah.. haha.. aku seriklah tolong orang..melainkan dia sendiri cakap "aku nak g hospital", "tolong aku boleh?"

Terpikir jugak dalam kotak pemikiran ni kan..dulu aku sakit, pepandailah g cari alternatif betulkan masalah kesihatan aku nih. P la klinik..tak baik 1 klinik, g klinik len.. buatlah x-ray ke ape.. kalo tk baik, g lah ubat kampung ke hape. Takde pun kawan aku ajak, jomlah weh g hospital, klinik etc.. kalo aku perlukan bantuan, aku tny je kat diorang.. "boleh teman aku tak?" bila dah teman tu faham2lah..kos perjalanan tanggung sendiri k.. ko ingat masalah ko, masalah depa? huhu.. diorang bukan cop duit.. oleh sebab itu.. harus beringat semasa ada duit..simpan jgn tak simpan. Kita tak tau ble kte betul2 memerlukan..

Okelah..ni jek entri utk hari ni. lme tk update blog ni. Hari ni agak terkesan jgk di hati, rs tk nk tolong org, wlupun pd asalnya aku tk penah buat cmni. Apapun, kita dah besar, pandai2 lah nak idup kan??

Tuesday, February 19, 2013

Memori "antara Anyer dan Jakarta"

Derusan ombak bersilih ke pantai,
Disambut ayunan niun melambai,
Rembulan megah di atas mahligai,
Tersenyum melihat kita berdua..

Angin membawa lagu cinta,
Sejuta bintang bermain mata,
seakan rela dua insan,
di dalam sinari oh nya..

Antara Anyer dan Jakarta...kita jatuh cinta..


Kini seakan mimpi yang buruk..
Kualami setiap hari..
Cinta yg sudah tiada lagi..
tinggal memori membawa kembali..


Hari ni 20/2/2013.. hari Rabu
Bangun pagi2..seperti biasa..gosok gigi, aerobic..
lepas tu masak2, mandi..makan..

sekarang waktu belajar, tapi terlayan plak lagu nih..huhu
da beberapa hari aku dapat belajar dengan konsisten
walaupun duk kat umah je, tak gi cubicle,
aku belajar berterusan tanpa tidur waktu tengah ari

abis je belajar, pukul 6 petang, aku solat, masak untuk malam..
mandi..baru solat dan makan..

yee..hoo.. bagus betul jadual minggu ni..
cuma keje thesis aku masih tk cukup siap lagi..
humm..cayok yah!

Monday, October 15, 2012

Dugaan bila sakit

hari ni, dah masuk hari ke-4 jari telunjuk, tangan kiri aku bengkak dan sakit. Semalam tak tahan sgt, sampai aku nangis. Hurm.. apa yg membuatkan aku lebih stress adalah kerana byk keje tak siap lg: dua conference paper, thesis, 1 paper, dan analisis stock markets.

Stress da sampai tahap tertinggi plak semalam. Jadi, pagi2 ni je, aku da buat jadual. Semoga hari ni aku dapat buat lebih baik walaupun dlm keadaan yg sakit.

Thursday, September 20, 2012

Aku, research meeting, kristal dan bantal ^_^

Hah.. tajuk ni memang pelik. Tapi benda ni lah yg sgt mengusik emosi aku pada hari ni.

Semalam aku cuba neutralized kristal dengan air garam. Caranya, rendam selama 4 jam lebih kurang.

Sejak aku mnjalani ujian aura di kedai kristal, aku mendapati aura aku stabil tapi ada kekurangannya. Iaitu fokus. Mungkin ni lah masalah utama aku. Kemudian, aku pun search la kat website pasal penggunaan pelbagai jenis kristal dan mendapati bahawa aku sesuai pakai "tiger eye" warna kuning, oren, merah dan biru.. wah..semuanya lengkap. Aku memang dah ada. Cuma jarang sangat pakai. Bila aku dah neutralize gelang kristal aku ni, tiba-tiba...aku rasa hari ni emosi aku terganggu sikit. Cepat betul nak marah. Cepat nak nangis.

Mungkin juga aku kurang tidur. Mungkin jugak stress utk persediaan research meeting. Hari ni agak hectic, sebab masa meeting pun aku study. Sempat lagi tuh..tak pernah aku macam ni. Cuma aku rasa aku da kekurangan masa. Aku kne cepat menulis.

Malam ni..tadi lah..aku pegi teman roomate aku p beli bantal. Memang niat di hati semalam nak beli bantal ni. Tapi masa nak pergi tadi, rasa tak nak beli. Tiba2..bila dah sampai sana...terasa nak beli sangat. Aku memang tak selesa betul tidur atas bantal aku kat sini. Selalu terjaga malam betulkan bantal. Erm..bantal lama ni harga RM10. Yang aku baru beli tadi, bantal bulu angsa, harganya RM35. Itu 2nd hand lah.dari hotel. Tapi aku rasa aku perlu beli. Then aku pun beli lah 2 bantal. Siap ngan sarung bantal...sebab bantal ni bersaiz besar. Alang-alang ada jual Rm6 sehelai..aku pun beli la. Agak murah gak la daripada beli kat luar.

Hurm.. hari ni aku homesick sikit. Nak sangat balik rumah. Rindu mak abah. Aku sayang mak abah sangat2. Ingat bantal ni nak bawak balik umah, bagi mak abah. Kesian diorang.

Aku belajar 1 benda dari abah semalam. Jangan boros sangat. Susah payah abah mak simpan duit untuk aku, aku nak habiskan beli entah pape. Hurm..tapi bantal ni sangat penting. Kalau tidur berkualiti mesti aku lebih segar ble bangun.. tapi ni utk sementara je. Niat nak bawa balik bagi mak abah. T tahun depan aku beli utk diri sendiri mase konvokesyen.

Lagi 1, kalau nak kawin, kena cari duit sendiri. Jgn guna duit yg abah simpankan. Jadi, aku kenalah kerja lama skit. Cari pendapatan sendiri. Belajar menabung. Ingat, langit tidak selalu cerah. Eh..bajet kawin agak-agak berapa? ikut abang-abang aku..dalam 30k gak lah abah mak habis utk kenduri.

Kalau kerja gaji 3k. 1 bulan mungkin leh simpan 500-1k. Kalau 500/bulan, 12 bulan =6k. 5 tahun baru dapat 30k. Huh!! lamanyaaaa. Kalau 1k, 2 tahun 6 bulan. Hurm.. Kalau dapat kerja umur 26 tahun. 26-28.5 tahun baru dapat simpan duit kawin. Habis dalam sehari.. fuiyoh..

oklah..da puas taip utk harini..

nak titun.. nunnyte.

Wednesday, September 19, 2012

Graduate luncheon dan motivasi 19/9/12

Salam..

Hari ni aku menghadiri satu acara "graduate luncheon" yang diadakan di School of Management (SoM), USM. Acara ini adalah untuk merai graduate Masters dan PhD yang baru sahaja mendapat scroll di sesi pagi konvokesyen pada hari ni.

Perasaan aku kali ni lebih berkobar-kobar nak habiskan Master secepat mungkin. Perjalanan seribu batu dimulakan dengan satu langkah. Ye, aku sentiasa pegang tu, tapi langkah itu harus cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Ia berlalu dengan cepat, kini, aku telah pun sudah di tahun 2 Master. Apa yang ku harapkan adalah graduate secepat mungkin. Target aku nak grad pada Sept 2012.

Caranya:
1) lebih fokus dengan penulisan
2) tahu apa yang aku mahu. Dalam tempoh setahun lagi, aku mampu laksanakan pelbagai objektif lagi
3) sambil belajar, kumpul duit. Ye, kumpul duit. Jangan membazir. Langit tidak selalu cerah. Kalau nak kawin, kena kumpul duit sendiri.
4) mesti lebih usaha berbanding sekarang. Semangat setiap hari. Caranya? Buat keje dengan pantas!


dan..

aku ada sedikit kupasan mengenai buku motivasi yang baru aku beli tengah hari tadi.
Semua orang yang ingin berjaya mesti menetapkan matlamat yang specifik.

dan aku..
mahu mencapai: graduasi Master pada Sept 2013.

dan..mahu mendapat pekerjaan pada Oktober 2013 (kerja apa sahaja.. RO/banking sector)
dan menjadi pensyarah pada Januari 2014, iaitu pada umurku 26 tahun.

Ya Allah bantulah aku. Kuatkan semangatku. Amin..