Sunday, June 3, 2012

tukar uni atau bekerja

hari ni aku rasa nk tulis blog entri setelah penat memikirkan apakah masa depan yang aku mahu, dan cabaran yang sanggup aku lalui.

Pertama sekali, aku dah dengar banyak cadangan orang-orang kat sekeliling aku tentang keputusan aku untuk tukar universiti. Sebenarnya, mmg payah nk belajar. Belajar tak payah mana, tpi yang payah adalah berfikir secara akademik, dan bergantung kepada penyelidikan.

Ada yang kata: > gamble jelah berapa tahun pun aku kat uni ni..buat je..siapkan je smpai abis.
 > baik cari keje, t nak sambung masters buatlah part time
> beselah tu, ape yang aku hadapi, orang len pun hadapi
> cari coursework, duk exam, cpt lepas.. gaji tetap sama kalau amik research atau coursework. > buat apa yang kau minat

Personaliti aku:
>  aku tak suka dengar perkara yang melemahkan semangat.
> punya cita2 yang tinggi > tak suka mengalah
> tak suka beban kerja yang tak sampai otak den mikirkan eh..
> tak suka ulang-ulang benda yang sama.. asik2 kena reject, aih..frust jgklah

Bagi akulah..apa yang aku buat skg ni tak best sebab:
>tempat belajar tak bagus
> kalau nk belajar kena pindah ke satu tempat, tp bukan privasi pun, kongsi ramai2, kne bwk blk brang2 mse nk blk.
> research perlukan banyak space
> research perlukan banyak penasihat
> research perlukan kawan untuk berbincang
> research perlukan masalah yang betul2 masalah, bukan simptom
> research perlukan 'recognition' ke atas kertas kerja
> research perlukan minat yang mendalam
> research perlukan duit yang banyak
> research perlukan masa yang lama untuk berfikir
> research perlukan banyak sumber yang sahih, kadang2 terpaksa membeli Aku target tahun depan aku mesti siap semuanya..tapi boleh ke?
InsyaAllah boleh kalau aku betul2 bagi masa untuk research. Persoalannya, adakah aku telah betul2 bagi masa untuk bt research?
> aku bagi masa untuknya, tapi secara purata tidak berkualiti. Kenapa tidak berkualiti?
> banyak tersasar pemikiran tentang satu2 skop
> banyak grammar error
> byk terplagiarism
> tak banyak sumber yang sahih
> tak reti susun ayat dan perenggan Menjadi pakar dalam suatu bidang bukan mudah seperti yang disangka. Banyak jlan2 yang berliku perlu dilalui. Aku bukanlah orang yang lahir dgn kebijaksaan luar biasa. Aku adalah orang yang belajar melalui membuat, bukan dari melihat dan mendengar. Jadi, bagaimanakan harus aku maksimumkan kapasiti usaha untuk berjaya? Adakah menjadi seorang akademik menjadikan aku kaya dan berjaya? Sebenarnya tidak kaya wang ringgit, tapi kaya dengan pahala mencari dan menyebarkan ilmu. Aku terigin membuka perniagaan sendiri, tak bergantung gaji bulanan.. Adakah aku mampu?

Aku telah pun menjalani latihan hampir kesemua seksyen: > account payable > account receivable > payroll > IT > purchasing, receiving > all HR roles >sales and marketing > event management Apa lagi yang aku perlu untuk menjalankan satu perniagaan? > duit/ modal yang paling penting > pengalaman > kecekalan > budaya menyimpan ketika banyak duit, dan menggunakan simpanan ketika kesempitan > rangkaian