Sunday, August 15, 2010

Hari Bermuhasabah Diri


Salam dan doaku buat Nabi Muhammad saw dan sahabat handainya, kepada kedua ibu bapa yang amat kusayangi dan kepada pembaca artikel ini.

Hari ini, ku tak dapat nak memenuhi permintaan kawan baikku untuk ke sesuatu tempat yang dia sendiri tak tahu halanya.

Setelah sekian kali ku tidak memberi sebab ketidakmahuanku menolong kawan.

Kerana..ku mempunyai alasan yang kukuh (bukan sebab malas).

Ketika ku memikirkan betapa kasihan dia ketika ini, ku teringat beberapa ketika, yang rakan tiada membantuku walaupun mereka dalam keadaan yang mampu.

Tidak terlintas di hati ini untuk membalas dendam, ku akur dengan ketentuan yang telah dan akan terjadi. Ada ketikanya, rakan tidak dapat menemani kita ketika susah.

Namun, ku harus ingat peristiwa terindah ketika mereka berbuat baik kepadaku.

Ku harapkan Ramadhan kali ini membawa seribu makna untukku bermuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment