Salam..ini ditulis khas buat pelajar2 Malaysia yang mahu menjalani program pertukaran ke Binus university. Secara amnya, banyak perkara yang nampak hampir sama antara budaya Malaysia dan Indonesia, tetapi berhati-hatilah dengan beberapa perkara:
Jangan:
1) main makan je sesuka hati anda di mana jua. Orang indonesia tidak menitik beratkan soal halal kerana, bukan semua menganut agama Islam. Kalau pegi ke shopping mall, banyak je sosej, nudget, dan mcm2 brang lagi takde cop halal. Nak makan, carilah tempat yang ade orang muslim yang makan jugak. Macam mana nak tahu diorang ni muslim? Kalau ade yang pakai tudung msuk restaurant tu, kira ok lah, takpun orang yang menyediakan makanan pun pakai ketayap dan tudung. Ade je kedai makanan mcm ni, gerai2 dipanggil sbgai "wartet" di indonesia. Sebelah anggrek kampus, agak2 kebelakang skit, dekat ngan parking kereta, ade wartet orang yg beragama islam.
2) bergurau berlebihan. Saya perasan, ada beberapa yang saya rasa sebagai gurau, tapi beberapa rakan indonesia menganggapnya sebagai memerli dan memalukan diorang. Jadi jangan bergurau terlebih. Kalau diorang dah mula nmpak lain, beritahu bahawa korang hanya bergurau/bercanda (dlm bahasa indonesia) dan minta maaf. Jangan rasa berat hati minta maaf, sebab ia akan menjernihkan semula hubungan antara kawan.
3) percaya banyak hantu. Memanglah indonesia terkenal dgn hantu2 yang memang menyeramkan. Tapi Malaysia pun ade..USM ni pun ade je. Amalkanlah selalu berzikir, membaca ayat Qursi setiap kali keluar melangkah dari bilik/kamar ke tandas/ke mana2 saja. Kadang2 rasa bdk2 kat sana memang suka bercerita pasal hantu, kalau da rasa tak leh dengar tu, jangan sertai, blah je k. Jangan buat diri anda takut ble nak tdo, ble nak kuar dsb. Kalau diganggu ckplah tujuan aku dtg sini nak belajar, aku duk pun sementara je, aku tak ganggu ko, ko jgn ganggu aku.. mesti benda tu senyap la kan. huhu..
4) naik bajai (motor roda 3 yg amik penumpang) sorang2. Naik teksi sorang2 waktu malam pun tak digalakkan k. Naik bus pun same. Naik van pun sama. Tapi saya penah je naik sorang2.. bacalah doa spy anda selamat setiap kali keluar dari bilik. Semoga Allah melindugi.
5) terlebih ramah-tamah. Oh ini yang teruk bila terlalu ramah, anda akan diminta pelbagai benda yang menyenangkan rakan2 anda, spt stok makanan dsb. Pernah la jgk mengalami ini..hari pertama dia datang, katanya lapar..takda mknn..jd kita pun ajaklah makan maggi sekali.. hari kedua pd waktu yg sama, dia dtg juga..hari ke3..dan smpai dia rasa nk makan benda lain. huh, mmg tebal muka dia ye.. tapi bukan semua org mcm ni..smpaikan apa yang anda mkn-nasi, ayam, daging...hahha semuanya kne kongsi, tpi die takkan hulurkan apa2 pun-stok mknn die, duit beli brg. hurm..
No comments:
Post a Comment