Hah.. tajuk ni memang pelik. Tapi benda ni lah yg sgt mengusik emosi aku pada hari ni.
Semalam aku cuba neutralized kristal dengan air garam. Caranya, rendam selama 4 jam lebih kurang.
Sejak aku mnjalani ujian aura di kedai kristal, aku mendapati aura aku stabil tapi ada kekurangannya. Iaitu fokus. Mungkin ni lah masalah utama aku. Kemudian, aku pun search la kat website pasal penggunaan pelbagai jenis kristal dan mendapati bahawa aku sesuai pakai "tiger eye" warna kuning, oren, merah dan biru.. wah..semuanya lengkap. Aku memang dah ada. Cuma jarang sangat pakai. Bila aku dah neutralize gelang kristal aku ni, tiba-tiba...aku rasa hari ni emosi aku terganggu sikit. Cepat betul nak marah. Cepat nak nangis.
Mungkin juga aku kurang tidur. Mungkin jugak stress utk persediaan research meeting. Hari ni agak hectic, sebab masa meeting pun aku study. Sempat lagi tuh..tak pernah aku macam ni. Cuma aku rasa aku da kekurangan masa. Aku kne cepat menulis.
Malam ni..tadi lah..aku pegi teman roomate aku p beli bantal. Memang niat di hati semalam nak beli bantal ni. Tapi masa nak pergi tadi, rasa tak nak beli. Tiba2..bila dah sampai sana...terasa nak beli sangat. Aku memang tak selesa betul tidur atas bantal aku kat sini. Selalu terjaga malam betulkan bantal. Erm..bantal lama ni harga RM10. Yang aku baru beli tadi, bantal bulu angsa, harganya RM35. Itu 2nd hand lah.dari hotel. Tapi aku rasa aku perlu beli. Then aku pun beli lah 2 bantal. Siap ngan sarung bantal...sebab bantal ni bersaiz besar. Alang-alang ada jual Rm6 sehelai..aku pun beli la. Agak murah gak la daripada beli kat luar.
Hurm.. hari ni aku homesick sikit. Nak sangat balik rumah. Rindu mak abah. Aku sayang mak abah sangat2. Ingat bantal ni nak bawak balik umah, bagi mak abah. Kesian diorang.
Aku belajar 1 benda dari abah semalam. Jangan boros sangat. Susah payah abah mak simpan duit untuk aku, aku nak habiskan beli entah pape. Hurm..tapi bantal ni sangat penting. Kalau tidur berkualiti mesti aku lebih segar ble bangun.. tapi ni utk sementara je. Niat nak bawa balik bagi mak abah. T tahun depan aku beli utk diri sendiri mase konvokesyen.
Lagi 1, kalau nak kawin, kena cari duit sendiri. Jgn guna duit yg abah simpankan. Jadi, aku kenalah kerja lama skit. Cari pendapatan sendiri. Belajar menabung. Ingat, langit tidak selalu cerah. Eh..bajet kawin agak-agak berapa? ikut abang-abang aku..dalam 30k gak lah abah mak habis utk kenduri.
Kalau kerja gaji 3k. 1 bulan mungkin leh simpan 500-1k. Kalau 500/bulan, 12 bulan =6k. 5 tahun baru dapat 30k. Huh!! lamanyaaaa. Kalau 1k, 2 tahun 6 bulan. Hurm.. Kalau dapat kerja umur 26 tahun. 26-28.5 tahun baru dapat simpan duit kawin. Habis dalam sehari.. fuiyoh..
oklah..da puas taip utk harini..
nak titun.. nunnyte.
No comments:
Post a Comment