Wednesday, September 19, 2012

Graduate luncheon dan motivasi 19/9/12

Salam..

Hari ni aku menghadiri satu acara "graduate luncheon" yang diadakan di School of Management (SoM), USM. Acara ini adalah untuk merai graduate Masters dan PhD yang baru sahaja mendapat scroll di sesi pagi konvokesyen pada hari ni.

Perasaan aku kali ni lebih berkobar-kobar nak habiskan Master secepat mungkin. Perjalanan seribu batu dimulakan dengan satu langkah. Ye, aku sentiasa pegang tu, tapi langkah itu harus cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Ia berlalu dengan cepat, kini, aku telah pun sudah di tahun 2 Master. Apa yang ku harapkan adalah graduate secepat mungkin. Target aku nak grad pada Sept 2012.

Caranya:
1) lebih fokus dengan penulisan
2) tahu apa yang aku mahu. Dalam tempoh setahun lagi, aku mampu laksanakan pelbagai objektif lagi
3) sambil belajar, kumpul duit. Ye, kumpul duit. Jangan membazir. Langit tidak selalu cerah. Kalau nak kawin, kena kumpul duit sendiri.
4) mesti lebih usaha berbanding sekarang. Semangat setiap hari. Caranya? Buat keje dengan pantas!


dan..

aku ada sedikit kupasan mengenai buku motivasi yang baru aku beli tengah hari tadi.
Semua orang yang ingin berjaya mesti menetapkan matlamat yang specifik.

dan aku..
mahu mencapai: graduasi Master pada Sept 2013.

dan..mahu mendapat pekerjaan pada Oktober 2013 (kerja apa sahaja.. RO/banking sector)
dan menjadi pensyarah pada Januari 2014, iaitu pada umurku 26 tahun.

Ya Allah bantulah aku. Kuatkan semangatku. Amin..

No comments:

Post a Comment