Thursday, August 29, 2013

Tips mulakan hari

Salam syg buat sume..

Setiap orang memang akan rasa turun naik mood disebabkan perhubungan, bebanan kerja dan menantikan suatu yang tidak pasti. Di sini saya nak bagi tips bagi memulakan hari dengan lebih baik dan ceria:

1. Bangun awal - kajian pun dah menunjukkan orang yang bangun awal lebih berjaya daripada yang suka bangun lewat. Kalau nak bangun awal tu, tidurlah awal. Sebab badan kita memerlukan tidur yang cukup.

2. Meletakkan hajat - yang ni bagus! dengan kata lain, doa. Yang muslim, solat subuh tu kan wajib. Berdoalah apa yang dihajati, yang mahu dicapai untuk hari ni, esok dan bila2 pun. Bertafakur sebentar, fikir tentang APA YG KITA KEJAR, APA YANG MEMBUATKAN KITA GEMBIRA, APA YANG KITA BOLEH SUMBANGKAN UNTUK ORANG LAIN. Percayalah, kita hidup bukan untuk diri kita je, tapi untuk orang lain. Janganlah terlalu meletakkan kepentingan orang lain melebihi diri sndiri.. berpada2lah k!!

3. Pakai cantik2 - yang ni lagi bagus. Memanglah orang kata tak elok terlalu menarik. Tapi berpada2lah. Pakai warna yang sesuai untuk datangkan mood kerja/belajar. Pakai pakaian yang selesa - selesa untuk anda dan untuk orang lain pandang k!! jangan syok sendiri pakai over2.. buat sakit mata jek..huhu!

4. Buat jadual - selain daripada hajat dan berdoa.. buatlah jadual. Pagi2 buat je jadual.. Cara nak buat jadual plak kena ada "to-do list".. Apa yang perlu ada, tarikh akhir kerja tu perlu siap.. Letakkan perkara pertama kat kerja yang kena siap dulu k..

5. Makan yang berkhasiat - bak kata orang badan kita ni hasil makanan yang kita makan. Bukan tu aje, tambah ngan emosi k! Kalau stress over sangat, makanlah buah-buahan yang berair macam oren, tembikai...nenas.. Yang paling penting, amiklah makanan antioksidan skit dalam diet harian..seperti buah naga.

6. Senyum - senyum ajelah walaupun tkde orang pun nak pandang anda!! sebab senyum boleh ubah mood kita jadi lebih baik, lebih positif!! tapi bukan perangai ske main2 k!!

7. Fokus buat keje - percaya ke tak, korang elakkanlah multi tasking nih. Memang lah bagus. Tpi korang tau tak pengkhususan. Kenapa pengilang sangat pentingkan buat keje ikut partition? Sebab menjimatkan masa. Ianya mudah dipraktikkan dalam keje kita. Camne? Fokuslah. Buat keje jgn dgr radio plak. Buat kje jgn angkat2 call yang tak penting..msg2 ke ape. Fokus fokus..

Ha tu jelah tips untuk hari ni. Untuk mulakan hari dengan ceria dan teratur. Semoga kita semua berjaya menjadi orang yang kompetitif dan menguntungkan. Cheers~!

No comments:

Post a Comment